Monday, December 28, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)

MINGGU 10 – TERJEMAHAN RESIPI



         NUR NADIAH NADHIRAH ROMELY       NUR ASIAH ZAHIRAH MOHD ZURAIDI

                          197003                                            197832



Roti Pusing Kismis Kayu Manis

                                        

⭐⭐⭐⭐⭐ 164 Penilaian   |   143 Ulasan   |    44 Gambar

                       

Delicioso! Dibuat menggunakan mesin roti dan ketuhar biasa, juga dapat digunakan tanpa mesin roti. Seperti roti Cinnamon gergasi.

 

Persediaan    : 10 minit

Masak           : 10 minit

Jumlah          : 20 minit

Hidangan      : 20

Hasil        : 2-9 inci buku roti

 

 

 

 

 

 


1  ½ cawan air suam                     

2 sudu besar susu

2 sudu besar lemak sayuran

1 sudu teh garam

4 cawan tepung roti

3 sudu besar gula putih

2 sudu teh yis kering

1 cawan kismis

2 sudu besar buter (dicairkan)

2 sudu besar gula perang

1 sudu teh kayu manis

1 sudu mentega yang dicairkan

Cara Memasak

Senarai semak

Langkah 1

Masukkan air, susu, lemak sayuran, garam, tepung, gula dan yis ke dalam mesin pembuat roti mengikut kesesuaian urutan yang telah disyorkan oleh pengilang mesin roti. Pilih kitaran: dan tekan butang ‘mula’.

Langkah 2

Sekiranya mesin anda mempunyai ketetapan untuk buah, tambahkan kismis pada isyarat, dalam kira-kira 5 minit sebelum kitaran menguli tadi itu selesai.

Langkah 3

Keluarkan doh setelah kitaran menguli pertama tadi selesai. Kemudian putar doh ke permukaan tepung dan gulung sehingga menjadi segi empat tepat. Campurkan doh dengan mentega, gula perang, dan kayu manis. Gulung doh dan bahagikan kepada dua bahagian. Letakkan roti ke dalam dua bekas roti yang bersaiz 9x5 inci yang sudah disapu dengan minyak. Kemudian tutup dan biarkan doh naik sehingga saiznya naik sebanyak satu kali ganda iaitu dalam masa kira-kira 1 jam.

Langkah 4

Panaskan ketuhar hingga 350 darjah F (175 darjah Celcius).

Langkah 5

Sapu bahagian atas roti yang telah naik dengan mentega yang sudah dicairkan dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 30 hingga 40 minit, sehingga kerak pada roti berwarna coklat dan roti kedengaran kosong apabila diketuk.

Fakta Nutrisi

Setiap hidangan:

59 kalori; protein 0.4 gram; karbohidrat 8.3gram; lemak 3.1 gram; kolestrol 4.7miligram; natrium (garam); 130.4 miligram

Rujukan

Allrecipes (2020). Cinnamon Raisin Swirl Bread. Diakses pada 28 Disember 2020. https://www.allrecipes.com/recipe/24142/cinnamon-raisin-swirl-bread/

Bukti Kehadiran Minggu 10

 


 

  

Senarai semak

Langkah 1

Masukkan air, susu, lemak sayuran, garam, tepung, gula dan yis ke dalam mesin pembuat roti mengikut kesesuaian urutan yang telah disyorkan oleh pengilang mesin roti. Pilih kitaran: dan tekan butang ‘mula’.

Langkah 2

Sekiranya mesin anda mempunyai ketetapan untuk buah, tambahkan kismis pada isyarat, dalam kira-kira 5 minit sebelum kitaran menguli tadi itu selesai.

Langkah 3

Keluarkan doh setelah kitaran menguli pertama tadi selesai. Kemudian putar doh ke permukaan tepung dan gulung sehingga menjadi segi empat tepat. Campurkan doh dengan mentega, gula perang, dan kayu manis. Gulung doh dan bahagikan kepada dua bahagian. Letakkan roti ke dalam dua bekas roti yang bersaiz 9x5 inci yang sudah disapu dengan minyak. Kemudian tutup dan biarkan doh naik sehingga saiznya naik sebanyak satu kali ganda iaitu dalam masa kira-kira 1 jam.

Langkah 4

Panaskan ketuhar hingga 350 darjah F (175 darjah Celcius).

Langkah 5

Sapu bahagian atas roti yang telah naik dengan mentega yang sudah dicairkan dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 30 hingga 40 minit, sehingga kerak pada roti berwarna coklat dan roti kedengaran kosong apabila diketuk.

 


Fakta Nutrisi

Setiap hidangan:

59 kalori; protein 0.4 gram; karbohidrat 8.3gram; lemak 3.1 gram; kolestrol 4.7miligram; natrium (garam); 130.4miligram.

 

 

No comments:

Post a Comment