Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Monday, April 27, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu 7 PPT Multimedia

Assalamualaikum, harini bertanggal 27 April 2020 seperti biasa setiap Isnin bertemu lagi kita dengan kelas Multimedia dalam Bahasa. Pada hari ini Prof telah memberikan tugasan melalui Putrablast. Tugasan tersebut adalah dengan menghasilkan PPT berkenaan tajuk Bab 1 dan Bab 2 dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Berikut merupakan PPT yang telah ditukarkan kepada bentuk video bagi membolehkan anda semua untuk menontonnya.



Video PPT Bab 1 
Pekaka Bercerita: Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu. 

Video PPT Bab 2 
Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi.



Gambar di atas pula merupakan markah yang diberikan kepada kumpulan kami. Alhamdulillah prof tak pernah tak baik, markah penuh prof bagi. Terima kasih prof❤️.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Monday, March 23, 2020

BBM3410Satu2020: Simpulan Bahasa

Assalamualaikum kepada pembaca semua💙. Seminggu kita tak bertemukan. Ya tahu rindu itu pasti.  Orang kata dengan rindu yang muncul itulah menunjukkan keakraban kita semua🙈.  Baiklah, berbalik kepada tajuk post saya hari ini, pada minggu lepas prof ada memberikan tugasan kepada kami bagi menghasilkan powerpoint gambar yang berkaitan dengan simpulan bahasa. Ya Allah kalini nak buat task ni sangat mengancam jiwa. Bukan apa kan cuti sebab kena kuarantin jadinya kami masing-masing berada di rumah/ kampung sendiri. Tapi tak apa, kumpulan kami iaitu Bulan Production tak akan pernah menghasilkan produk atau mutu video yang tidak berkualiti🤓. Tanpa membuang masa korang kena baca lebih-lebih ayat saya yang ni baik korang klik terus link ni untuk menonton video tersebut. Eh eh sebelum
tu tengok dulu screenshot video yang saya nak share dekat bawah ni hehehe.


 

 

Monday, March 16, 2020

BBM3410Satu2020: Jenis-jenis Flatlay

Assalamualaikum semua, macam biasa setiap hari Isnin pasti akan ada video ppt terbaru daripada kumpulan kami iaitu Bulan Production. Mesti korang tak sabar-sabar kan nak tengok. Okay boleh klik sini untuk menonton. Selamat menonton ya semua.

Di bawah saya kongsikan serba sedikit screen capture video kami.



Tuesday, March 10, 2020

BBM3410Satu2020: Video Powerpoint Asas Fotografi

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita pada hari ini 10 Mac 2020. Semalam kumpulan kami iaitu Bulan Production telah melaksanakan pembentangan mengenai Asas Fotografi. Di dalam video Powerpoint tersebut ada dimasukkan beberapa gambar asas fotografi. Di antaranya adalah seperti Bird's Eye View, Over the shoulder, kabur, siluet, bayang dan pendua. Kalau ingin tahu lebih lanjut ayuhlah tonton video kami di laman Youtube. Sila click di sini.