MINGGU 11 - ASAS GRAFIK
1. Mudah
Misalnya:
Sekeping foto sebuah basikal berwarna merah
yang diletakkan di halaman rumah. Seseorang yang melihat foto tersebut akan
faham bahawa foto itu ialah sebuah basikal yang berwarna merah.
2. Warna
Misalnya:
Sekeping foto sebuah kereta yang berwarna
biru dan disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau. Terdapat juga
warna awan yang kebiruan. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna
yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, pokok dan haiwan.
3. Teks
Misalnya:
Iklan telefon bimbit disertai dengan teks
"Nipis dan Ringan" memberi persepsi tentang telefon tersebut. Oleh
itu, seharusnya teks tersebut ditulis dengan besar dengan menggunakan jenis
font yang menarik supaya pengguna berminat untuk membelinya.
4. Kesesuaian
Misalnya:
Foto tiga orang kanak-kanak sedang bermain di
halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak berkaki ayam serta
wajah kanak-kanak yang sedang ketawa. Langit yang hampir gelap yang menunjukkan
suasana waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut "Suasana di
kampung saya".
5. Keseimbangan
Misalnya:
Ruang
sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok besar seimbang dengan sebuah rumah kampung di sebelah kanan gambar. Maka, lima batang pokok besar seimbang dengan rumah kampung. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas
berwarna biru manakala di sebelah bawah gambar pula terdapat padang rumput
berwarna hijau yang luas. Maka, awan seimbang dengan rumput berwarna hijau yang
luas.
Terjemahan Bahasa Inggeris
1. Easy
For example:
A photo of a red bike parked in the backyard. Someone who looks at the photo will understand that the photo is a red bike.
2. Color
For example:
A photo of a car in blue and accompanied by a green tree in the back. There are also bluish cloud colors. This photo is clearly interesting because it has three colors that stand out and focus on cars, trees and animals.
3. Text
For example:
Mobile phone ads accompanied by the text "Thin and Light" give a perception about the phone. Therefore, the text should be written in large numbers using attractive font types so that users are interested in buying them.
4. Suitability
For example:
Photo of three children playing in the backyard of a village. Children barefoot as well as the faces of children who are laughing. The sky is almost dark which shows the atmosphere of the evening. There is a caption under the photo "Atmosphere in my village".
5. Balance
For example:
In the space to the left of the picture there are five large trees balanced with a village house to the right of the picture. Thus, five large trees are balanced with the village house. At the top of the picture there is a wide blue cloud while at the bottom of the picture there is a wide green meadow. Thus, the clouds are balanced with broad green grass.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Bukti Kehadiran Minggu 11 4 Januari 2021
No comments:
Post a Comment