Tuesday, December 15, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

 Semasa saya belajar dahulu, dekat United Kingdom. Saya akan cari rumah sewa yang berdekatan dengan restoran Pakistan kerana bagi memudahkan untuk mendapat makanan halal. Saya ingat pemikiran saya sahaja yang seperti itu tetapi kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia yang mencari rumah di sekitar restoran makanan Pakistan itu. Apabila saya tiba di sana, saya disambut oleh persatuan pelajar-pelajar di sana. Walaupun tempat saya jauh daripada London iaitu 4 jam, ada persatuan akan jemput. Apabila saya tiba di sana saya dapati ramai rupanya masyrakat Melayu. Restoran makanan halal di sana begitu banyak. Pada saya amat mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana banyak restoran Pakistan dan bukan itu sahaja, nak solat Jumaat pun mudah. Masjid pun tidak jauh. Tetapi terdapat masalah sedikit apabila mempunyai komuniti Melayu di sana. Apabila, di sana komuniti Melayu tu ada tetapi sedikit. Saya perasan apabila saya jumpa masyarakat Melayu di pasar raya, saya kenal dari segi fizikal masyarakat itu bertudung, warna kulit Melayu dan saya tahulah bahawa orang itu merupakan orang Malaysia. Ada segelintir yang tidak suka untuk ditegur rupanya. Kalau macam saya, saya lebih suka untuk menegur "Orang Malaysia ke?" Ada yang kadang-kadang itu cuba mengelak daripada bertembung. Tapi mungkinlah orang itu tak mahu ditegur kerana dia bukan orang Malaysia. Tetapi pada saya boleh saja apabila ditegur, cakap sahajalah saya bukan orang Malaysia. Rupanya bukan semua orang Malaysia berbangga jumpa dengan orang Malaysia. Tak semua orang suka ditegur rupanya. Tetapi, pada saya bila saya dah berfikir baru saya rasa, yang mungkin orang yang saya berjumpa itu sudah mengalami perkara yang sama saya alami jadi disebabkan itulah dia pun jadi tidak ingin ditegur oleh orang Melayu yang lain. Pada suatu hari itu, saya ada terjumpa artis Malaysia yang kahwin dengan orang barat. Saya tegur dan artis itu kelihatan terkejut. Jadi sejak daripada itu, kalau saya jumpa orang Malaysia sahaja, saya hanya senyum dan tidak tegur. Apabila kita di negara orang kita akan menghargai orang Malaysia lebih. Apabila kita berada di negara orang kita akan tolong sesama sendiri tetapi tidak semua orang berfikiran macam ini. Kesimpulannya, bila kita berada di negara orang kita akan berasa lebih bangga jadi rakyat Malaysia. Walaupun orang barat menganggap Malaysia ini negara dunia kelas ketiga tetapi tak apa kita kena berbangga. Orang barat mereka pandang rendah terhadap kita, saya pernah mengalami situasi di mana ada orang barat berkata pergi balik ke negara kau dalam bahasa Inggeris. Itulah antara satu pengalaman saya daripada beratus-ratus pengalaman yang saya ada di sana. Secara keseluruhannya, tak perlulah duduk di luar negara. Seeloknya tak perlulah duduk di luar negara, seeloknya pergi bercuti dan baliklah ke Malaysia.

KEHADIRAN



No comments:

Post a Comment