MINGGU 11 - HURAIAN TESIS
Masihkah Kau
Ingat?
1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).
Huraian: Perbuatan plagiat adalah satu perbuatan yang tidak sewajarnya. Oleh itu, sebagai pelajar yang sedang membuat tesis, disertasi dan sebagainya adalah wajib dan perlu untuk kita mengolah balik ayat daripada artikel atau buku yang ingin kita masukkan teks itu. Juga jangan lupa untuk meletakkan kredit ke atas nama penulis artikel tersebut.
2. Menggunakan
Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau
jurnal.
Huraian: Turnitin merupakan satu alat yang kebiasaanya akan digunakan oleh pelajar untuk mengenal pasti sama ada kerja yang dibuat itu mempunyai peratusan plagiat yang tinggi atau pun tidak. Sekiranya keputusan peratusan itu sangat tinggi maka pelajar tersebut perlu mengolah balik bahan kajian yang telah dilakukan.
3. Membuat rujukan
daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.
Huraian: Rujukan perkara yang hari dititikberatkan. Menjad tanggungjawab pelajar untuk meletakkan rujukan pada setiap kerja yang telah dilakukan.
4. Membaca banyak
artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan
(minimum 50 artikel).
Huraian: Penelitian dan pembacaan artikel adalah penting bagi menambahkan ilmu dan menjana idea untuk pelajar melaksanakan disertasi.
5. Menghadiri seminar
atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.
Huraian: Menghadiri seminar atau persidangan boleh menjadikan pelajar lebih terdedah dengan kajian yang ingin dilaksanakan.
6. Berbincang dengan
penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan dariapda berbincang
dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.
Huraian: Pelajar seharusnya berbincang dengan penyelia sepanjang kajian yang ingin dilaksanakan kerana penyelia merupakan orang yang mempunyai pengalaman.
7. Jumlah halaman
(lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman – bacelor dan
Master; 50 halaman – PhD), Bab 3 (10-12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap
objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).
Huraian: Pelajar harus teliti dengan jumlah halaman kajian yang ingin dilaksanakan supaya tidak terlebih dan tidak terkurang jumlah halaman yang dikehendaki.
8. Keseluruhan tesis
seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150
(Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan
universiti.
Huraian: Sama seperti tesis pelajar juga harus cakna dengan jumlah halaman yang diperlukan bagi perlaksanaan tesis.
9. Membuat
perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.
Huraian: Perancangan jadual adalah penting supaya pelajar tidak mempunyai masalah untuk menyiapkan tugasan tepat pada masanya.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment