Monday, December 14, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

M4 NADIAH 197003 (ALIM)


Alim merupakan anak bongsu kepada Profesor Dr. Normaliza. Alim berusia 21 tahun. Alim pernah menetap di United Kingdom, England sepanjang tempoh enam tahun ibunya menetap dan belajar di sana. Disebabkan Alim pernah menetap di sana untuk tempoh yang agak lama, jadi agak sukar untuk dia berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Semasa di Malaysia ibunya pernah mengajar Alim untuk membaca dalam bahasa Melayu. Alim juga pernah masuk dalam kelas pemulihan semasa sudah menetap di Malaysia. Pada suatu hari, ibunya sendiri telah mengarahkan anaknya Alim untuk ke pejabat pos bagi mengepos fail ibunya. Fail yang ingin diposkan itu akan dipos ke Singapura. Ibu Alim menunggu mesej Whatsapp daripada Alim masuk menandakan Alim sudah pos surat itu. Tetapi masih tidak dapat walaupun sudah 15 minit Alim keluar. Rupa-rupanya Alim mengalami masalah untuk menampal setem. Dia tidak tahu bahawa setem itu boleh ditampal sekiranya belakang setem itu dikenakan sedikit air atau dijilat sahaja. Dia baru tahu mengenai belakang setem itu boleh dijilat atau disapukan air melalui ibunya sendiri setelah bercakap dengan ibunya. Menurut ibunya, Alim ini disebabkan duduk lama di United Kingdom, menyebabkan dia sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. 

Bukti Kehadiran 






No comments:

Post a Comment