Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: Nota Asas Grafik

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat lima asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

  1. Mudah: Apa yang dimaksudkan dengan mudah? Mudah sudah semestinya perlu memudahkan masyarakat yang melihat foto yang dinyatakan adalah mudah dan boleh difahami. Gambar atau foto yang dinyatakan perlulah memenuhi mesej yang ingin disampaikan.  
  2. Warna: Warna yang dimuatnaikkan di dalam gambar perlulah bersesuaian dengan latar belakang foto/gambar yang dinyatakan. 
  3. Teks: Teks yang dinyatakan di dalam perlulah sesuai dengan jenis dan saiz font yang hendak dimasukkan. 
  4. Kesesuaian: Gambar/foto yang dinyatakan perlulah sesuai dengan latar belakang situasi yang hendak disampaikan di dalam gambar.
  5. Keseimbangan: Ruang di dalam foto/gambar hendaklah seimbang yang meliputi keseimbangan kiri dan kanan gambar serta keseimbangan atas dan bawah gambar.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment