Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita sedang berada di bulan yang mulia. Diharapkan semuanya masih sihat ye. Pada hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang cerita sosial 2 yang terdapat dalam buku Kajian Wacana oleh Normaliza Abd Rahim. Tajuk cerita sosial 2 ini ialah Aku yang Istimewa. Pada saya ada beberapa nilai yang dapat saya kongsikan di dalam cerita ini. Nilai-nilai yang terdapat di dalam buku ini bolehlah dijadikan sebagai panduan untuk kita dalam kehidupan seharian khusus kepada pelajar kerana anda masih berada pada usia awal dewasa yang mana ada di antara kita begitu menyayagi sahabat kita. Betul ataupun tidak?

Antara tiga nilai yang saya peroleh setelah membaca cerita ini ialah, pemurah, tolong-menolong serta prihatin. Mengapa saya kata demikian adalah kerana, pada awal penceritaan kita dapat lihat Alim telah meminta izin daripada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan yang mereka dapat kepada Sulaiman iaitu sahabatnya. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa Alim merupakan seorang yang sangat baik hati kerana sanggup untuk berkongsi rezeki yang keluarganya peroleh lalu diberikan sedikit kepada Sulaiman. Seterusnya nilai tolong-menolong. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan adik di rumahnya itu dengan membantu mereka untuk mengemas rumah.

Nilai yang ketiga ialah prihatin. Pada akhir penceritaan cerita sosial 2 ini jelas menunjukkan bahawa Alim begitu prihatin kerana dia telah menegur Makcik Timah yang wajahnya kelihatan sedih. Sikap Alim yang begitu prihatin jelas kerana setelah memerhatikan wajah Makcik Timah yang kelihatan sedih itu, Alim telah bertindak untuk menghampiri Makcik Timah dan bertanyakan terus mengapa Makcik Timah kelihatan sedih.

Secara keseluruhan cerita sosial 2 ini banyak memberi nilai yang positif kepada kita sebagai pembaca. Nilai-nilai ini seharusnya diterapkan di dalam diri setiap individu.




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim.(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan      

      Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment