Friday, June 5, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

Assalamualaikum w.b.t. Bersama-sama kita pada pagi ini dengan perkongsian nilai-nilai yang terdapat dalam cerita sosial 4 yang bertemakan 'Hati'. Terdapat tiga nilai yang saya dapati di dalam cerita ini. Antara tiga nilai tersebut ialah baik hati, berdikari dan hormat menghormati. Nilai baik hati di dalam cerita ini dapat ditunjukkan apabila Alim sanggup membawa kek cawan ke sekolah bagi berkongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Seterusnya nilai berdikari. Nilai ini dapat dilihat apabila Alim merupakan seorang yang pandai menjaga diri, memakai kasut sekolah, dan pandai membawa botol air ke sekolah. Akhir sekali, nilai menghormati. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim begitu menghormati Cikgu Anis. Alim begitu suka akan Cikgu Anis kerana beliau sangat baik dengan anak muridnya. 
 
 

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.     
 
     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment