Friday, June 12, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

Assalamualaikum w.b.t. Pada hari ini Nadiah nak kongsikan tentang cerita sosial 5  yang bertajuk Jiran. Di antara nilai yang saya dapat lihat dalam cerita sosial ini ialah rajin, tidak kedekut, dan prihatin. Bagi nilai rajin, dapat dilihat bahawa Alim merupakan seorang yang rajin kerana Alim begitu suka menyusun dan mengemas buku pada setiap hari. Seterusnya Alim juga merupakan seorang yang tidak kedekut. Hal ini dikatakan demikian kerana, Alim gemar berkongsikan apa sahaja yang dia ada dengan Sulaiman. Akhir sekali, nilai prihatin. Hal ini dapat dilihat apabila kakak dan abang Alim begitu prihatin terhadap Alim ketika Alim sakit. Abang dan kakak Alim akan sentiasa menemai Alim di bilik ketika Alim jatuh sakit.












Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.     
 
     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment