Wednesday, January 20, 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Salam semuanya. Ya Allah pejam celik pejam celik dan masuk minggu 13 weh. Tak rasa ke masa berlalu dengan pantas? Nak tak nak usia pun melonjak 1 angka tua dah tahun ni. Mengaku je la yang kita semua ni sememangnya semakin berusia. Mana-mana yang tak nak mengaku tu elok pergi beli ginseng la. Biar makin awet muda, dah nak acah muda sangatkan *nada sinis*. Benda best sem ni yang aku rasa yang paling aku suka adalah ambik subjek Prof Dr.N. Jangan cakap tak kenal eh prof siapa, aku lepuk sat gi kang. 

Penasihat akademik aku tu (walaupun jarang minta nasihat sebab takut) setiap sem whatsapp dengan prof hanyalah untuk minta buka pendaftaran subjek je (dasar mentee tak guna betul) jangan jadi macam aku ye. Ha berbalik kepada tajuk post ni, ya Allah sumpah subjek ni mencabar jiwa, iman, mental, hati dan nurani betul. Tapi takpelah benda nak belajar mana ada senang. Kalau senang tak ke semua orang dah dapat title megah-megah tu? Ha betul ke tidak? Demi segulung ijazah sarjana muda kugagahkan jua demi masa depan ceh... Ayat tak boleh nak acah baik lagi ke? *sambil cermin diri sendiri*. 

Mungkin ni post terakhir tentang subjek yang diajar ProfN ni. Tapi hmm macam mana eh nak cakap, sedihlah bila berpisah secara maya macam ni. Prof garang memang garang tapi dia baik, ada sifat keibuan, ada rasa sayang yang dia macam tak sayang tapi sayang (comel kan?). Banyak weh  Prof Dr.N ajar kami sem ni. Daripada A sampai Z prof ajar. Pastu mesti prof akan ingatkan, subjek ni bantu awak untuk dapat kerja. Prof ni bukan setakat ajar semata-mata tapi dia dah bagi kitaorang buka minda sekali yang benda kitaorang belajar ni boleh buat duit. Lagi best bila ambil subjek ni kan, prof selalu sangat kongsi hidup dia dekat negara orang, nak-nak ada tiga negara dia selalu sebut, England, Korea, dan Jepun. Banyak-banyak negara ni korang teka negara apa yang aku suka? Hehehe sudah tentulah Korea. Jeles juga sebab prof dapat pergi Korea dah. Sedangkan aku? Daripada kecik sampai ke besar gedabak tanah korea pun tak pernah jejak lagi. Setakat baca hangul cakap sikit-sikit tu tahu la tapi hmm nak pergi sana. 

Tak apa kita perlahan-lahan merangkak ye. Selain itu, belajar subjek ni kan mengajar aku untuk sentiasa bersabar dan tenang dalam menyiapkan tugasan. Nak-nak bila kerja partner. Sebab apa tau sebab kita kejar masa, pastu macam tak nak la bagi kerja dekat partner lambat sebab nanti kesian dekat dia tertunggu-tunggu. Pastukan seumur hidup aku la, tak tahu pun fungsi track changes tu apa dalam microsoft word ni. 

Terima kasih profN kerana mendedahkan kami kepada dunia microsoft word ini dengan lebih mendalam. Banyak betul benda belajar daripada subjek ni. Ni belum buka cerita pasal microsoft excel. Tapi nak cerita lebih-lebih macam tak cukup je 500 patah perkataan ni. Nak tak nak kena berundur diri juga. Ha yang terakhir, dengar cerita profN nak bersara dah. Hmm kalau prof bersara nanti siapa ganti penasihat akademik aku. Ya Allah sendu pulak rasa. Apa-apa pun semoga covid-19 nyah daripada muka bumi ini. #TibeTibe~ #SaranghaeyoGyusonim #Chakkaman #Anja #Kimchi



SUBJEK BLOG SETIAP MINGGU

BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU2 CERITA SOSIAL

BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU3 PUISI

BBN3402SATU2020: MINGGU4 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1

BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS

BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION

BBN3402SATU2020: MINGGU7 EXCEL

BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK

BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1

BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)


No comments:

Post a Comment