Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

[23:03, 2/17/2020] Nadiah: ASAS GRAFIK

Kumpulan: Bulan Production πŸŒšπŸŒ›


Gambar 1: Bulan Production πŸŒšπŸŒ›


       Bulan Production merupakan nama kumpulan kami. Kami memilih nama Bulan bersempena dengan detik permulaan keakraban kami sejak semester tiga. 

       Setelah 'Blanket Test' selesai, Prof. Normaliza menerangkan terlebih dahulu apa itu asas grafik. Elemen Asas Grafik mempunyai lima elemen iaitu:

1. Mudah
2. Warna
3. Teks
4. Kesesuaian
5. Keseimbangan

      Kemudian, Prof. Normaliza memberi tugasan kepada kami untuk mencari lima gambar yang mempunyai kelima-lima elemen asas grafik dalam majalah yang telah dibawa dan mengenal pasti elemen yang paling menarik dalam setiap gambar. Kami kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan kecil oleh ketua kumpulan kami iaitu Siti (boleh klik untuk melihat blog Siti). Kumpulan pertama terdiri daripada lima orang iaitu Nadiah, Asiah,Nazrul, Ikmal dan Atie. Kumpulan pertama ditugaskan untuk memotong huruf-huruf bagi nama ahli dan menyiapkan muka hadapan booklet.
      Kumpulan kedua pula terdiri daripada lima orang ahli juga iaitu Hawa, Faiz, Izzarie, Wani dan Siti. Kumpulan kedua ditugaskan untuk mencari dan mengenal pasti gambar yang bersesuaian mengikut kriteria yang dikehendaki. Setiap gambar yang dipilih perlulah diambil daripada majalah yang dipotong dengan sempurna tanpa sebarang cacat cela. Sebelum menampak gambar yang diambil daripada majalah kami telah mengukur terlebih dahulu sebelum menampal gambar tersebut. Bahagian yang mungkin boleh dianggap sedikit sukar adalah bahagian menampal. Hal ini dikata demikian kerana, gambar yang ditampal tidak boleh mempunyai sebarang gelembung atau dikenali sebagai 'air bubble' bagi istilah bahasa Inggeris.
      Setelah semuanya selesai, kami telah menggabungkan semua mouting board dengan menggunakan reben. Reben yang dipilih mestilah berukuran 1 inci setengah. Kami mula melaksanakan tugasan ini pada jam 11:30 pagi dan selesai pada 1 petang. Kami memanfaatkan masa sebanyak 1 jam setengah untuk menyiapkan tugasan ini. 
       Berikut merupakan beberapa gambar yang menunjukkan perjalanan pelaksanaan hasil kerja kumpulan kami.

No comments:

Post a Comment