Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

NAMA: NUR NADIAH NADHIRAH BINTI ROMELY

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda semua mengenai aktiviti yang saya lakukan semasa kelas amali Multimedia dalam Bahasa pada pagi ini. Merujuk pada gambar di atas jelas menunjukkan soalan yang ditanyakan bagi aktiviti pada pagi ini. Saya telah memberikan beberapa kelebihan media sosial dalam kelas bahasa bagi menjawab soalan aktiviti 2 itu. Manfaat atau kelebihan media sosial jelas tampak memberi kesan terhadap kelas bahasa. Di antara manfaat yang paling besar ialah dapat meneroka dengan lebih banyak pengetahuan bahasa. Media sosial merupakan platform kebiasaan yang digunakan oleh masyarakat kini. Melalui media sosial, ilmu perkembangan bahasa dapat dikongsikan kepada masyarakat.


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
      Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment