Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: Keluargaku tersayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita pada hari ini di blog saya. Keluarga merupakan insan yang terdekat dengan diri kita. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsikan serba sedikit mengenai keluarga saya. Kedua-dua ibu dan bapa saya bekerja sebagai seorang guru. Abah saya merupakan anak kelahiran negeri Pahang manakala mama saya merupakan anak kelahiran negeri Terengganu. Abah dan mama saya dikurniakan lima orang cahaya mata yang mana saya merupakan cahaya mata yang kelima. Abang saya yang sulung berusia 33 tahun pada tahun ini manakala abang saya yang kedua berusia 30 tahun. Adik-beradik saya yang ketiga berusia 28 tahun manakala yang keempat berusia 25 tahun. Kedua-dua abang saya sudah berkahwin. Abang saya yang pertama dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak saudara saya yang sulung bernama Iris Qaisara Arisa manakala yang kedua bernama Muhammad Irfan Qusyairi. Abah saya bukan sahaja mempunyai minat dalam dunia pengajaran malah dia juga suka berkebun. Abang saya bekerja di salah sebuah kedai komputer di daerah kelahiran saya. Dia mempunyai minat yang mendalam dalam dunia pengkomputeran. Manakala abang saya yang kedua bekerja sebagai seorang jurutera di Melaka. Manakala kakak saya ada yang bekerja sebagai seorang guru dan ada yang bekerja sebagai seorang jurutera di Kuala Lumpur. Anak saudara saya kedua-duanya sudah bersekolah. Seorang berada di darjah satu dan yang lagi seorang berada di tadika lima tahun. Begitulah serba sedikit mengenai latar belakang keluarga saya yang mungkin ringkas tetapi padat dengan maklumat. Berikut saya sertakan beberapa keping gambar keluarga saya.


No comments:

Post a Comment