Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2 - Buku Wacana Prof. Normaliza Abd Rahim

Sinopsis:  Cerita sosial 2

Saya yang Istimewa

Cerita sosial 2 kali ini menceritakan mengenai Alim dan sahabatnya Sulaiman. Bapa Alim membawa pulang buah-buahan dari pasar tani. Kak Madinah dan Aisyah kelihatan begitu gemarkan buah-buahan yang dibawa pulang oleh bapa mereka. Bapa Alim mengajar Alim dan adik-beradik untuk sentiasa berkongsi setiap apa yang mereka peroleh. Alim begitu gembira dapat merasa buah-buahan yang dibawa pulang oleh bapanya itu. Bukan itu sahaja, ibu Alim merupakan seorang yang pembersih. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu Alim sudah menyediakan  bekas untuk mereka meletakkan sisa kulit buah yang mereka sudah makan. Cerita sosial kali ini juga menceritakan bagaimana Alim merupakan seorang yang pemurah. Hal ini kerana, Alim dengan sendirinya terdetik di dalam diri beliau untuk memberikan sedikit buah yang dibawa pulang oleh bapa kepada sahabatnya iaitu Sulaiman. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Alim merupakan seorang yang pemurah.  Alim kelihatan begitu sayangkan sahabatnya Sulaiman itu. Tambahan pula, Alim juga merupakan seorang yang prihatin. Hal ini kerana, Alim terus menanyakan kepada Mak Cik Timah mengapa Mak Cik Timah kelihatan sedih.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.       

     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



No comments:

Post a Comment