Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis: Cerita sosial 1

Nenek dan Datuk

Alim merupakan cucu kepada datuk dan nenek. Alim juga merupakan anak kedua terakhir daripada empat beradik. Alim merupakan adik kepada kak Madihah dan abang Imran. Pada suatu hari Alim sekeluarga pulang ke kampung. Alim pada awalnya berasa sungguh gembira untuk pulang ke kampung kerana Alim berasa sungguh tidak sabar untuk melihat ayam dan itik milik datuk. Tetapi apa yang dinanti-nantikan Alim tidak tercapai. Hal ini kerana, Alim melihat ayam dan itik milik datuk sudah tiada di reban. Sedangkan ayam dan itik itu sebenarnya sudah dipindahkan ke reban baharu. Alim merupakan seorang yang sensitif. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada awalnya Alim beranggapan bahawa ayam dan itik itu sudah mati kerana dia tidak nampak ayam mahupun itik di dalam reban lama itu. Tetapi setelah dijelaskan oleh datuk barulah Alim tahu bahawa ayam dan itik itu belum mati. Pada saat itu, Alim sudah berasa sedikit lega kerana ayam dan itik yang disangkakan sudah mati itu sebenarnya masih hidup. Tetapi setelah Alim dibawa masuk ke dalam rumah baru nenek, dia kembali sedih kerana susunan barang di dalam rumah itu sudah berlainan dan bukannya seperti biasa. Hal ini telah menjadikan Alim kembali kecewa. Tetapi, kekecewaan Alim itu berjaya dipujuk oleh nenek. Setelah itu barulah Alim kembali okay. Alim kemudiannya, ke duduk di  ruang tamu untuk menonton televisyen. Alim kini sudah kembali bergelak ketawa bersama-sama adik-beradiknya yang lain. Suasana kampung Alim yang sudah berbeza dan tidak sama seperti dahulu itu telah menjadikan Alim sekeluarga semakin rapat di antara satu sama lain. Alim juga yang pada awalnya bersangkakan bahawa ayam dan itik sudah mati kini sudah menemui jawapan bahawa ayam dan itik datuk masih hidup. Alim juga sudah tahu kedudukan sebenar reban baru yang sudah dibina oleh datuk itu.


Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.       
     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment