Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 cara menulis blog dengan baik adalah seperti berikut:

  1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
  2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
  3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
  4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
  5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
  6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
  7. Dapat dibaca dan difahami.
  8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
  9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
  10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Perbincangan:

     Ulasan saya bagi 10 cara untuk menulis blog yang baik ini adalah amat berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana, bukan semua orang mampu untuk menghasilkan blog yang baik. Oleh itu, dengan mengikuti 10 cara ini kita akan dapat menghasilkan sebuah blog yang mampu menarik minat masyarakat khususnya pembaca blog untuk mengikuti perkembangan blog kita. Tajuk yang menarik mampu menarik perhatian pembaca. Cerita yang menarik seperti pengalaman sendiri juga mampu menarik minat pembaca. Selain itu, penulisan blog mengenai berita sesuai untuk menarik pembaca yang terdiri daripada golongan dewasa. Bagi penulisan blog mengenai unsur humor yang berbentuk jenaka mampu menarik minat golongan pembaca yang terdiri daripada kanak-kanak, dewasa dan orang tua. Penulisan blog tidak semestinya diterbitkan setiap hari. Artikel yang terperinci biasanya dikongsi untuk pembacaan umum. Setiap hujah yang dikemukakan perlulah hujah yang baik dan mampu menghuraikan penulisan kita. Hujah yang diberikan perlulah tepat dan benar. Seterusnya penulisan blog yang baik  perlulah dikaitkan dengan isu terkini kerana pembaca pada masa kini lebih gemarkan isu 'trend'. Penulisan blog yang baik juga perlulah mudah dibaca dan difahami. Pastikan bahasa yang digunakan tidak bercampur dengan bahasa yang lain. Sekiranya ingin memasukkan suatu istilah dalam bahasa yang lain sila pastikan terdapat terjemahan kepada sesuatu istilah tersebut. 


Rujukan

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti                  Malaysia Terengganu.

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology.      
     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment