Friday, February 28, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Cerita

Ibu dan bapa engkaulah raja dan permaisuri dihatiku. Sebagai seorang anak, sudah semestinya menjadi tanggungjawab kita untuk menyayangi ibu dan bapa. Sudah menjadi kebiasaan untuk kita membantu dan menolong mereka. Tanpa kita siapa lagi yang akan membantu mereka. Takkan nak harapkan orang luar yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan ibu bapa kita untuk membantu mereka. Tepuk dada tanyalah minda. Begitulah apa yang aku selalu fikirkan pada setiap pagi. Aku pernah menyesal kerana aku pernah leka daripada tanggungjawab yang aku sepatutnya pikul. Aku pernah menjadi anak yang derhaka kerana tidak pulang ke rumah sepanjang pengajian aku belajar di luar negara. Abang, kakak adik dan saudaralah yang menjaga ibu dan bapaku. Aku? Hanyalah mendongak ke langit kerana aku berasa aku sudah tidak perlukan mereka lagi sebaik sahaja aku melangkah keluar daripada rumah untuk melanjutkan pelajaran. Sehinggalah pada suatu hari, semasa aku sedang latihan industri disalah sebuah syarikat di United Kingdom, aku mendapat panggilan daripada kakaku yang mengatakan bahawa ibu telah jatuh sakit. Aku dengan hati yang resah terus mencari tiket penerbangan dalam talian untuk pulang ke tanah air. Sepanjang masa aku di atas kapal terbang aku tak habis-habis berdoa agar aku sempat bertemu dengan ibu. Alhamdulillah, aku masih sempat bertemu dengan ibu. Ayah berada di depan wad ibu, ketika terlihat aku yang sedang berlari ke arahnya kelihatan senyuman di pipi ayah. Kini aku mengerti, bahawa keluarga merupakan harta yang paling berharga di dunia. Aku berjanji aku tidak akan mengabaikan lagi tanggungjawab aku sebagai ahli dalam sebuah keluarga.

Dapat tugas kena lukis grafik sikit. Maaflah hodoh sangat lukisannya🙈. Tapi seronok sebab dapat pengalaman melukis dalam kelas Multimedia. 




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.     

     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



No comments:

Post a Comment