Tuesday, March 3, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 3.0



ISNIN (02/03/2020)

Pada 2 Mac 2020, Prof telah memanggil beberapa nama pelajar bagi menjawab soalan untuk blanket test pada hari ini. Apa yang menarik, nama yang prof panggil secara rawak sebagai wakil ahli kumpulan tidak bertindan langsung. Elok je 7 nama ahli bagi mewakili setiap kumpulan. Tak ada yang bertindan ahli kumpulan yang sama pun. Hebat tak hebat? Bagi kumpulan kami, ahli yang bertuah untuk dipilih oleh prof ialah saudari Nur Izzati. Alhamdulillah Izzati dapat menjawab soalan yang ditanyakan dengan jayanya. Semoga minggu depan ada la ye rezeki saya pula yang menjawab soalan Blanket test. Berikut merupakan bentuk soalan yang ditanyakan prof.

Soalan: Terangkan asas fotografi bagi gambar "Portrait"


Jawapan: Portrait ialah foto yang diambil dengan jarak yang dekat dengan kamera, gambar yang diambil mempunyai pencahayaan yang cukup dan kebiasaannya diambil di dalam studio yang tertutup. Contohnya, gambar seorang wanita tua yang sedang termenung menunjukkan reaksi wajahnya untuk menggambarkan situasi dalam gambar.

No comments:

Post a Comment