Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG





Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) rumusan bagi keputusan dan perbincangan ini terbahagi kepada tiga bahagian. Setiap bahagian ini terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan pegajian kesusasteraan, pembelajaran bahsa dan pembelajaran multimedia. Di dalam buku ini ada menunjukkan graf mengenai penulis blog yang gemar menulis ke arah kesusasteraan. Kajian bahagian ini menunjukkan bahawa kebanyakan penulis blog menulis genre puisi, cerita pendek, skrip dan lain-lain lagi. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan penulis merupakan golongan wanita dan hanya segelintir sahaja lelaki. Bagi genre puisi menunjukkan peratusan wanita adalah lebih banyak berbanding lelaki iaitu dengan 80% mewakili penulisan puisi wanita dan 66.7% penulisan puisi lelaki. Hal ini menunjukkan bahawa wanita lebih gemar menulis puisi berbanding lelaki. Bagi responden, mereka berpendapat bahawa menulis puisi di dalam blog adalah cara terbaik untuk meluahkan emosi. Seterusnya, untuk cerpen pendek pula menunjukkan perbezaan peratusan penulis lelaki dan wanita hanyalah 10% sahaja perbezaan. Penulisan cerpen lelak sebanyak 86.7% manakala wanita pula 96.7%. Bagi responden penulisan cerita pendek atau pun dikenali sebagai cerpen merupakan sebuah penulisan menarik.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), blog juga penting untuk pembelajaran bahasa. Graf 6.2 di dalam buku ini menunjukkan beberapa sebab mengapa blog penting untuk pembelajaran bahasa. Di antara kepentingannya ialah penulisan surat, meluahkan perasaan dan teka-teki. Bagi penulisan surat menunjukkan jumlah yang memberangsangkan iaitu seramai 49 orang responden. Peratusan penulisan blog untuk penulisan surat lelaki menunjukkan sebanyak 80% dan wanita pula 83.3%. Pernyataan yang dinyatakan menunjukkan bahawa responden gemar menulis surat di dalam blognya kerana ianya membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk menulis. Bukan itu sahaja mereka juga berpendapat bahawa penulisan surat memberikan mereka kepuasan. Responden wanita pula mengatakan bahawa penulisan surat yang romantik diberikan kepada orang lain untuk menarik minat orang lain.  Penulisan. blog dalam pembelajaran bahasa yang seterusnya ialah menulis teka-teki. Peratusan lelaki sebanyak 93.3% dan 96.7% wanita. Responden teruja untuk menyelesaikan teka-teki daripada blog rakan mereka selain daripada teka-teki memberikan mereka motivasi untuk mencipta teka-teki baharu dan mencari jawapan yang betul. 

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), penulisan blog juga penting untuk pembelajaran teknologi yang terbahagi kepada tiga iaitu video, audio dan gambar. 100% wanita dan lelaki menyatakan bahawa dengan memasukkan video di dalam blog dapat memberikan kepuasan kepada mereka. Video yang dimuatnaikkan berbentuk cerpen pendek atau dokumentari. Bagi audi pula menunjukkan bahawa responden bilangan peratusan juga 100% dan sebab mengapa responden memilih untuk memasukkan audio adalah kerana dapat berkongsi minat mereka terhadap lagu sama ada lagu berbentuk sentimental atau tekno.  Akhir sekali, penulisan blog dengan berkongsikan gambar juga menjadi minat para responden untuk berkongsi gambar di dalam blog. Mereka berasa bahawa dengan berkongsikan gambar di dalam blog memudahkan mereka kerana tidak memerlukan wayar sambungan untuk memuatnaikkan gambar. 

Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti  
         Malaysia Terengganu


No comments:

Post a Comment