Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGUNAAN INSTAGRAM

Di antara manfaat yang boleh didapati bagi bab 4 buku Eh!!! Media Sosial mengenai pengunaan instagram adalah seperti berikut:
1. Dapat menarik masyarakat untuk menonton cerita pendek yang dikongsikan oleh pengguna  Instagram. 
2. Penggunaan Instagram juga dapat membantu pengguna untuk mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram penguna yang lain. 
3. Cerita pendek di dalam Instagram memberi peluang kepada umum untuk berkongsi pengalaman kepada pengguna Instagram lain.
4. Dapat mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram.
5. Dapat menggunakan Instagram secara positif.
6. Bagi pengajar pula dapat membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu.
7. Pengguna Instagram dapat menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar.

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
    Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment