Thursday, March 19, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Bahagian A

Assalamualaikum semua. Hehehehe bertemu lagi kita ye.Kalau dah jodoh tak ke mana🥳. Tugasan Minggu kelima kalini diberi secara maya.  Okay kali ni saya nak kongsikan peta minda saya mengenai jenis-jenis shot/ asas fotografi yang telah saya pelajari daripada prof Normaliza Abd Rahim. Nota ini juga saya rujuk sedikit buku Prof. Semoga perkongsian ini memberi makna kepada anda semua🙆🏻‍♀️💙❤️💚. Sekian.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.




Bahagian B

Assalamualaikum, harini Nadiah nak kongsikan serba sedikit apa yang Nadiah faham lepas baca buku prof Normaliza Abd Rahim mengenai Rule of Third di dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa.



Apakah maksud Rule Of Third?

Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar. Biasanya, bila rakam gambar, kita akan compose supaya subjek kita berada di bahagian tengah gambar. Kebanyakan jurugambar akan mengambil gambar secara terus. Tidak salah, tapi kurang menarik. Nak tampil lebih kreatif, kita boleh compose gambar kita supaya subjek berada di bahagian lain selain daripada bahagian tengah gambar kita. Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling sesuai dalam sesuatu gambar? Teori rule of third ini memberikan panduan kepada kita di mana harus kita letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam. Bagi menggunakan teori ini, anda perlu bayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder anda. Garisan-garisan ini perlu menghasilkan 9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda perlu bayangkan sahaja garisan ini, garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder anda.Untuk menepati teori rule of third, subjek anda perlu berada pada mana-mana  titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya.





Rujukan:



Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.


No comments:

Post a Comment