Thursday, March 19, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Wacana dan Strategi Komunikasi

Bahagian A


STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


NUR NADIAH NADHIRAH BINTI ROMELY 197003


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit:      Universiti Malaysia Terengganu.



Bahagian B

Sinopsis:  Cerita sosial 2

Saya yang Istimewa

Cerita sosial 2 kali ini menceritakan mengenai Alim dan sahabatnya Sulaiman. Bapa Alim membawa pulang buah-buahan dari pasar tani. Kak Madinah dan Aisyah kelihatan begitu gemarkan buah-buahan yang dibawa pulang oleh bapa mereka. Bapa Alim mengajar Alim dan adik-beradik untuk sentiasa berkongsi setiap apa yang mereka peroleh. Alim begitu gembira dapat merasa buah-buahan yang dibawa pulang oleh bapanya itu. Bukan itu sahaja, ibu Alim merupakan seorang yang pembersih. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu Alim sudah menyediakan bekas untuk mereka meletakkan sisa kulit buah yang mereka sudah makan. Cerita sosial kali ini juga menceritakan bagaimana Alim merupakan seorang yang pemurah. Hal ini kerana, Alim dengan sendirinya terdetik di dalam diri beliau untuk memberikan sedikit buah yang dibawa pulang oleh bapa kepada sahabatnya iaitu Sulaiman. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Alim merupakan seorang yang pemurah. Alim kelihatan begitu sayangkan sahabatnya Sulaiman itu. Tambahan pula, Alim juga merupakan seorang yang prihatin. Hal ini kerana, Alim terus menanyakan kepada Mak Cik Timah mengapa Mak Cik Timah kelihatan sedih. Makcik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim atas pemberiannya sebentar tadi dan berasa terharu kerana Alim begiu baik dengan anaknya.



Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.   

     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment