Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 3

Assalamualaikum semua. Makin kerap pulakan saya muat naik post baru dalam blog ni. Macam biasalah kita setiap minggu akan ada tugasan kumpulan dan amali individu. Jadi harini saya nak kongsikan pula cerita sosial 2 yang terdapat dalam buku ProfDrN. Setelah dibaca dan juga dihayati ada la beberapa nilai yang dapat saya keluarkan setelah membaca cerita sosial ini. Turut saya kongsikan beberapa gambar yang menunjukkan bagaimana saya memperoleh nilai-nilai tersebut.

Antara nilai yang dapat saya keluarkan ialah tolong-menolong, kasih sayang dan rajin. Alim merupakan seorang adik yang suka menolong adik-beradiknya juga suka menolong kedua-dua ibu orang tuanya. Sekiranya Aisyah terlupa untuk mengemas permainannya, Alimlah yang akan menolong untuk mengemaskannya. Seterusnya nilai kasih sayang. Nilai ini dapat ditunjukkan oleh ibu Alim apabila ibu Alim cuba untuk memujuk Alim dengan mengusap tangannya. Nilai yang terakhir ialah kerajinan. Nilai ini dapat dilihat pada Alim. Alim begitu sabar dan rajin ketika melakukan sesuatu kerja. Hal ini dapat dilihat apabila Alim rajin untuk belajar menolong ibu dan bapanya.







Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
    Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment